Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Abdullah Wahab
SUBANG JAYA: Seorang majikan 'bertopengkan syaitan' tergamak mendera pembantu rumahnya sehingga mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Serdang, kerana mengalami kecederaan teruk pada badan dan muka.Objek keras dipercayai batu serta benda tajam dikatakan menjadi 'hidangan' mangsa hampir setiap hari sejak beberapa hari lalu, walaupun hanya melakukan kesalahan kecil.Malah tidak cukup dengan penderaan itu, majikan yang berumur 40-an terbabit dikatakan turut menggigit dan menumbuk muka mangsa tanpa belas kasihan.
Penderaan itu bagaimanapun berakhir selepas jiran yang melihat kejadian itu bersimpati dengan nasib mangsa sebelum memaklumkannya kepada polis.
Berikutan itu, polis menahan seorang wanita kira-kira jam 8.30 malam kelmarin di rumahnya di Bandar Puteri Puchong, di sini, bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Jaafar Md Said, berkata siasatan awal mendapati mangsa, seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 27 tahun, mengalami luka dan kesan lebam pada muka dan badan dipercayai didera.Menurutnya, sejurus menerima aduan polis bergegas ke rumah mangsa dan menahan wanita terbabit yang juga seorang akauntan bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan kecederaan yang dialami, iaitu kesan lebam di mata dan mulut, kita syak dia (mangsa) didera."Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang bagi membuat pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya di sini, semalam.Difahamkan pembantu rumah malang itu baru setahun bekerja dengan majikan terbabit dan dia dikatakan mula didera pada 19 Ogos lalu.Jaafar berkata, perbuatan tidak berperikemanusiaan itu tidak seharusnya berlaku apatah lagi yang melakukannya adalah seorang wanita berpelajaran.
"Akauntan wanita itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam kejadian di Puchong Perdana pada 15 Ogos lalu, seorang pembantu rumah warga asing berusia 24 tahun ditemui mati dalam bilik tidurnya dalam keadaan mencurigakan berikutan polis menemui kesan lebam pada belakang badan dan leher.

No comments:
Post a Comment