Thursday, August 16, 2007

Amah larikan bayi 10 bulan



KUALA LUMPUR: Seorang bayi berusia 10 bulan hilang, dipercayai dilarikan pembantu rumah warga Indonesia ketika ibunya tiada di rumah, di Taman Bukit Cheras, dekat sini, Jumaat lalu.Ibu bayi berkenaan, Sabrina Sulaiman, 27, berkata beliau meninggalkan Mohammad Haqimi Mohd Zuraimi, bersama pembantu rumahnya kira-kira jam 12.45 tengah hari untuk menghantar ibu saudaranya ke pejabat.

“Saya membawa anak dan pembantu rumah tinggal di rumah ibu saudara di Cheras sejak Isnin lalu kerana suami ke luar negara atas urusan perniagaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Berikutan kejadian itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Taman Cempaka, Cheras, kelmarin selepas 24 jam anaknya hilang dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubunginya menerusi talian 012-3424042.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rusli Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

No comments: