JAKARTA: Indonesia semalam menggesa Malaysia mempercepatkan kes pendakwaan terhadap majikan yang dituduh mendera pembantu rumah warga Jakarta.Malah, Jakarta menegaskan Kuala Lumpur perlu mengenakan hukuman seberat-beratnya yang bertindak sebagai cara mengelak kejadian sama berulang.
Gesaan itu dibuat di tengah-tengah hubungan tegang di antara dua negara jiran itu membabitkan kes membabitkan dakwaan seorang jurulatih karate Indonesia oleh polis Malaysia.Dua kes penderaan terbaru membabitkan tindakan pembantu rumah yang sanggup keluar menerusi tingkap pangsapuri menggunakan tali, atas alasan tidak tahan didera majikan Malaysia mereka.Bulan lalu, seorang wanita Malaysia didakwa kerana terbabit dalam pembunuhan pembantu rumahnya.“Kami berharap kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas yang dapat menjadi cara mengelak perkara itu berulang,” tegas jurucakap Kementerian Luar, Kristiarto Legowo pada sidang media, semalam.
Dalam satu kes tiga tahun lalu, seorang pembantu rumah Indonesia mendakwa dia didera dengan seterika, dicurah air panas oleh isteri majikannya. Perbicaraan kes itu masih berlangsung.Kemarahan Indonesia dikatakan semakin ketara selepas insiden mendakwa jurulatih karate itu dikasari polisMalaysia sudah membuat permohonan rasmi berhubung kejadian itu yang menyaksikan rakyat Indonesia mengadakan beratus-ratus bantahan di sekitar negara itu, selain tindakan ahli Parlimennya meminta produk Malaysia diboikot.
Kuala Lumpur turut menegaskan, biarpun kira-kira 1,200 pembantu rumah Indonesia itu lari daripada majikan mereka setiap bulan, ia tidak merancang mewujudkan satu peraturan khas mengenai pekerjaan itu. – Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment