Oleh: SOPHA SULAIMAN (JAKARTA)
KISAH pembantu rumah Indonesia yang cuba melarikan diri dari majikan menjadi isu yang agak panas di Indonesia minggu ini. Boleh dikatakan setiap hari media tempatan termasuk stesen televisyen membuat susulan mengenai kes Ceriyati. Berbagai-bagai ulasan dibuat termasuk dikupas dalam rencana pengarang oleh kebanyakan akhbar utama.
Ceriyati, ibu beranak dua dari Brebes, Jawa Tengah mendapat simpati masyarakat dan pemimpin. Bukan sahaja rakyat Indonesia, rakyat Malaysia juga turut bersimpati dengan Ceriyati kerana tindakan nekad wanita itu untuk melarikan diri melalui tingkap dengan menggunakan kain yang disambung dari tingkat 12 sebuah kondominium tempatnya bekerja.

Bagaimanapun pembantu rumah itu bernasib baik kerana diselamatkan oleh anggota bomba sukarela selepas dilihat oleh penghuni kondominium itu dia bergayut di tali.
Jika ditakdirkan Ceriyati terjatuh dan meninggal sudah tentu kes itu menjadi lebih besar.
Semua orang tentu marah apabila pembantu rumah dianiaya dan didera oleh majikannya. Seperti pekerja wanita Indonesia yang lain yang bekerja di luar negara Ceriyati dianggap “pahlawan devisa” kerana merantau untuk mencari wang bagi membantu keluarga di kampungnya.

Walaupun majikan yang disyaki mendera telah ditangkap dan ditahan reman sebelum didakwa di mahkamah, pertubuhan seperti Migrant Care dan pemimpin politik mendesak Malaysia menghukum majikan pembantu dengan segera. Mereka mahu jaminan supaya kes itu diselesaikan mengikut undang-undang.
Bagaimanapun proses mengumpul bukti dan perbicaraan akan mengambil masa seperti juga proses undang-undang di Indonesia yang kadang-kadang memakan masa berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.
Rabu lalu, kedutaan Malaysia di Jakarta turut menjadi sasaran para penunjuk perasaan. Walaupun bilangan yang mengadakan demonstrasi itu kecil (kira-kira 50 orang termasuk kanak-kanak dan wanita) ia mendapat liputan luas oleh lebih 50 wartawan, jurugambar media tempatan dan asing.

Tunjuk perasaan di depan kedutaan Malaysia di sini, bukanlah kali pertama. Membakar bendera Malaysia kerana isu blok Ambalat yang menjadi pertikaian kedua negara juga dilakukan sebelum ini apabila isu “dipanaskan” oleh media tempatan. Penderaan terhadap pembantu rumah Nirmala Bonat tiga tahun lalu juga mendapatkan liputan meluas dan kedutaan Malaysia juga menjadi sasaran kemarahan ahli pertubuhan pembela atau pemerhati pekerja asing.
Demonstrasi Rabu lalu dianjurkan oleh Migrant Care, sebuah pertubuhan yang membela pekerja asing di luar negara.
Di Indonesia, tunjuk perasaan seumpama itu merupakan perkara lumrah untuk menyuarakan protes dan desakan terhadap sesuatu isu yang menyangkut hak rakyat, hak pekerja, agama, kedaulatan negara dan hak asasi manusia. Umpamanya, jika keputusan mahkamah tidak menyebelahi pihak pekerja, mereka akan berunjuk rasa sebagai tanda protes, malah mungkin merusuh dan melakukan tindakan anarkis.

Pagi Rabu lalu, dua lelaki dilihat memanjat pintu pagar kedutaan untuk menggantung kain pemidang yang bertulis “Keadilan buat Ceriyati” dan memaparkan wajah Ceriyati yang lebam. Seorang wanita yang dipercayai anggota Migrant Care yang mewarnakan wajahnya seperti Ceriyati kemudian melakonkan bagaimana Ceriyati didera dan memanjat pintu pagar sebelum bergayut pada tali kain untuk memperlihatkan kepada media bagaimana pembantu rumah itu berusaha melarikan diri dari rumah majikannya.
Berbagai-bagai kata yang menyakitkan dilontarkan melalui membesar suara oleh anggota pertubuhan itu yang tidak wajar dinyatakan di sini. Cukuplah dengan tulisan yang dipaparkan pada pelekat-pelekat dan kain pemidang yang dibawa seperti “Ganyang Malaysia”, “Ambalat disikat, TKI dibabat”,“Malaysia Bankrap tanpa TKI (Tenaga Kerja Indonesia) dan “Keluarkan Malaysia sebagai anggota hak asasi manusia PBB”.
Apa yang menarik, bukan sahaja Malaysia yang dikecam, pemerintah Indonesia juga menjadi sasaran protes seperti mendesak menteri yang terlibat dengan tenaga kerja meletakkan jawatan, membubarkan badan nasional penempatan dan perlindungan TKI serta menghentikan penghantaran pekerja Indonesia keluar negara. Ada juga desakan supaya pemerintah Indonesia menyediakan peluang kerja yang lebih banyak supaya rakyat tidak lagi merantau untuk mengadu nasib di luar negara.
Para penunjuk perasaan juga mahu tindakan pemerintah membela pekerja di negara-negara lain seperti Arab Saudi, Singapura, Hong Kong dan Taiwan yang menerima penganiayaan yang sama daripada majikan.
Walaupun kes-kes penderaan terhadap pembantu rumah di Malaysia kecil jika dibandingkan dengan jumlah pekerja Indonesia yang ramai, namun apabila berlaku kes penganiayaan seperti itu boleh membakar semangat rakyat, apatah lagi ia menjadi berita utama di media massa.

Di sebalik kisah pembantu rumah yang didera oleh majikannya, ada cerita-cerita kemanusiaan, kasih sayang dan simpati yang ditunjukkan oleh majikan dan rakyat Malaysia yang patut direnung juga oleh semua, termasuk mereka yang terlalu emosional terhadap kes Ceriyati.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post menyiarkan gambar lelaki India yang menyelamatkan Ceriyati saling berpelukan ketika mereka dipertemukan di kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Namun gambar yang menyentuh perasaan dan boleh meredakan kemarahan masyarakat itu tidak pula disiarkan oleh akhbar- akhbar utama lain di sini.

Kita mungkin masih ingat beberapa tahun dulu, seorang peniaga rakyat Malaysia mati ditikam kerana mengejar peragut yang merompak seorang pembantu rumah Indonesia di Kuala Lumpur. Selain itu, kisah pekerja asing merogol kanak-kanak perempuan dan membunuhnya di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Petani, menyayat hati rakyat Malaysia.
Bagaimanapun rakyat Malaysia tidak menjadikan tunjuk perasaan sebagai budaya, sebaliknya menyerahkan kepada undang-undang dan mahkamah untuk menghukum para pesalah. Media memainkan peranan penting untuk mempengaruh masyarakat untuk hidup dalam suasana harmoni. Namun media juga boleh mencetuskan kemarahan apabila laporan sesuatu isu disensasikan dan dilaporkan secara tidak seimbang, kenyataan yang emosional dan fakta yang tidak tepat dan betul.
Ketika menunggu di terminal LCCT untuk kembali ke Jakarta, penulis sering bertemu ramai pembantu rumah Indonesia yang pulang bercuti dan setengahnya telah habis kontrak setelah dua atau empat tahun bekerja di Malaysia.
Kepulangan mereka dihantar oleh majikan masing-masing, sama ada majikan keturuan Melayu, Cina dan India. Majikan dilihat menguruskan daftar masuk dan mengiringi hingga pembantu rumah mereka itu masuk ke bahagian pemeriksaan pasport.
Ada kemesraan dan kasih sayang yang terjalin antara majikan dan pembantu rumah tersebut. Mereka saling berpelukan sebelum berpisah, malah ada yang menitiskan air mata apatah lagi untuk berpisah dengan anak-anak yang mereka jaga. Anak-anak majikan yang dijaga pembantu rumah itu sudah tentu merasakan kehilangan pengasuh yang turut membesarkannya.

“Saya dibayar gaji RM800 sebulan, tidak ada masalah walaupun majikan saya keturunan Cina,” kata pembantu rumah itu yang bekerja selama empat tahun di Malaysia.
Wanita itu yang akan pulang ke Lampung, Sumatera Selatan kelihatan ceria untuk bertemu keluarganya. Bagaimanapun dia belum pasti akan mempunyai kerja yang tetap selepas ini. Kepulangan pembantu rumah itu seperti dinantikan oleh orang tertentu yang mengambil kesempatan memungut wang sebelum mereka sampai ke kampung halaman.

Demikian nasib sesetengah pembantu rumah, semasa pergi mereka perlu membayar wang tertentu, pulang pun kadang-kadang diperas. Namun ada pembantu rumah yang bernasib baik, mereka bertemu jodoh dengan rakyat di tempat mereka bekerja. Setiap hari antara lima hingga 10 orang pembantu rumah Indonesia mendaftar di kedutaan Malaysia di Jakarta untuk berkahwin dengan rakyat Malaysia.
Jadi tidak wajar ada pihak yang hendak “membakar kelambu kerana marahkan seekor nyamuk”.
No comments:
Post a Comment